Salam ukhwah, Salam Persaudaraan Melayu, Dan salam 1 Islam.
Iqra’… bacalah
Itu adalah ayat pertama yang Allah S.W.T turunkan kepada UtusanTerakhir kita.
Wahyu Kalam Pertama yang turun sebagai lambang keselamatan ummah.
La ilahailallah… bukti penyaksian tiada yang layak disembah melainkan ALLAH.
Muhammadarasulullah…Bukti penyaksian Muhammad itu pesuruh ALLAH(Utusan).
Iqra’-bacalah = bukti Ilmulah yang menjadi teras keselamatan ummah(selain iman).
Ilmu yang diamal laksana pohon yang berbuah
Maksudnya, Ilmu yang diamal laksana diri yang berisi.
Ilmu yang teragung ialah Makrifatullah, iaitu Ilmu mengenal ALLAH.
Melalui Ilmu dan Iman, maka manusia akan memahami Hakikat Hidup Ini.
Blog ini saya buat bertujuan untuk berkongsi apa yang saya miliki .
Bahawasanya tergerak hati ini untuk menulis sebagai pencetusnya ukhwah islamiyah dan perpaduan bangsa.
Insyallah,dengan berkat restu dan keredhaan dari ALLAH S.W.T, perkongsian ini akan memberi manfaat bersama.
Penyaksian… saksi, menyaksikan, disaksikan.
Allah Tuhan Sekalian Alam-Penyaksian.
Muhammad RasulUtusan- Penyaksian.
Muslimin itu adalah mereka yang mengaku Menyaksikan Allah sebagai tuhan.
Muslimin itu adalah mereka yang mengaku Menyaksikan Muhammad itu Rasul Utusan ALLAh.
MiftahulJannahAssolah.
Didalam solat ada nya syahadah.
Itulah 2 ucapan penyaksian, dan itulah 2 KunciSyurga.
Dengan bersaksi 2 ucapanitu,maka seseorang itu memiliki kunci syurga.
Akan tetapi, cukupkah dengan sekadar mengucap 2 kalimah syahadah?
Kita Cuma baru mendapat kuncinya,namun kunci tersebut boleh terjatuh jauh dari kita
Andai kita tidak menjaga kunci itu sebaiknya.
Untuk menjaga kunci tersebut, Wajib baginya memenuhi 2 Rukun.
Iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman
Tanpa 2 rukun ini, goyahlah kunci tersebut dari genggamanya,maka mudahlah
Jatuh dan hilang.
Rukun Islam
-Mengucap 2 kalimahsyahadah
-menunaikansolat 5 waktuseharisemalam
-berpuasa di bulanramadhan
-menunaikan zakat
-menunaikan haji bagi yang mampu
RukunIman
-beriman kepada ALLAH
-Beriman kepada Malaikat
-Beriman kepada Kitab
-Beriman Kepada Rasul
-Beriman Kepada Hari Kiamat
-Beriman kepada Qada dan Qadar.
Bersambung …

No comments:
Post a Comment