Sunday, 16 October 2011

Isu Camar Bulan dan Tanjung Datu Haruslah Diselesaikan Dengan Aman.

Assalamualaikum,Salam 1 Muslim.

Straight to the Point.
Malaysia dan Indonesia haruslah menyelesaiakan isu berkenaan persempadanan dengan cara Damai.
Ini adalah penting untuk memacu kematangan dan profesionalisme kedua belah negara dalam berunding dan mencapai keputusan yang gemilang.

Pertelingkahan mengenai Persempadanan kedua belah negara ini setakat ini mencapai peringkat "SALAH FAHAM", dan seharusnya sempadan tersebut dikaji sekali lagi berdasarkan titik asal , dan teknologi persempadanan haruslah ditingkatkan.Ini penting bagi Malaysia-Indonesia kerana keduanya mempunyai tanggungjawab untuk menjaga diplomatik mereka.

Tidak mustahil WUJUDNYA pihak ke 3 yang berperanan untuk "MENYABUNG" atau "MELAGAKAN" kedua belah Malaysia-Indonesia.Pihak ini boleh juga kita gelar sebagai "MUSANG BERBULU AYAM" yang mencari ruang dan peluang untuk membuatkan 2 Negara Islam Terbaik ini berperang dan berpecah.
Mereka menggunakan saluran " POLITIK" untuk memecah belahkan kedua negara ini.

Tidak mustahil juga Ada Wujud Pihak lain yang "SENGAJA" menjadi "BATU API" untuk melagakan Malaysia-Indonesia. Boleh jadi Imperialisme Barat(Illuminati/freemasonry) yang tersembunyi, yang mana golongan ELIT ini telah membuat MIND CONTROL kepada pencacai mereka untuk memecah belahkan Malaysia-Indonesia.

Hello, Wake up All Muslimin and Muslimah Malay-Indo,

Kita sedang dicaturkan!

Mereka menggunakan isu ini untuk mengawal Islam di Timur.

FENOMENA YANG MUNGKIN TERJADI JIKA:

"Malaysia Dan Indonesia Serta Brunei Bergabung 3 Negara Menjadi 1 Empayar Islam Timur "



1. Ekonomi Syariah kemungkinan digunakan sebagai ekonomi utama
-Amerika Syarikat tidak akan mampu membuat sekatan keatas ekonomi syariah.



2.Pendidikan Islam Diterapkan Kepada Semua Rakyat 3 Negara 1 Empayar
-Bermaksud, rakyat di ke 3 negara ini akan diajar untuk menghadam Ilmu Islam yang mana menjadi Teras Kehidupan. Ini akan membuatkan Imperialisme Barat akan "GAGAL" untuk menghancurkan akhlak dan akidah 3 negara 1 Empayar ini.




3.Teras Pertahanan 3 Negara 1 Empayar.
-Jika 3 Negara ini bersetuju Menggabungkan kekuatan Ketenteraan dan Pertahanan, ditambah lagi dengan Penghayatan Islam, adalah mustahil bagi Imperialisme Barat untuk Menjatuhkan Islam Di Timur.
-Lihatlah Sejarah Perang Salib antara tentera salib dan Salahuddin Al Ayubi.Tentera Salahudin memiliki iman yang teguh dan Akhlak yang tinggi.



4. Pembangunan Teknologi dan Kemahiran Yang Jitu.
-Tidak Mustahil, kerana 3 Negara 1 Empayar ini memiliki ramai rakyat yang berbakat.Ini akan membuatkan gergasi teknologi Jepun dan Barat akan merosot jika Point ini tercapai.

Nah! saya bercakap tentang realiti Malaysia-Indonesia-Brunei jika bersatu.
Kita boleh mengangkat martabat Islam kepada peringkat yang tertinggi
Dunia Arab sekarang sedang mengalami kejatuhan yang amat teruk.

Jadi kesimpulanya, Krisis Camar Bulan dan Tanjung Datu masih lagi dapat kita usahakan dengan jalan Damai.Bukan PERANG.

Sedarlah. Malaysia-Indonesia, bukan kuat mana pun.
Setakat jumlah tentera? ok, cuba bayangkan...

Malaysia-Indonesia BERPERANG.
Tiada jaminan kemenangan dominasi!
Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Maksudnya, menang dan kalah hanya memberi KESENGSARAAN.
Butakah mata kita? bukankah kita SERUMPUN?
KITA dipisahkan oleh Inggeris-Belanda yang sememangnya CEMBURU dengan ISLAM!
Wake Up.....no more SLeep...Bangunlah Dari Tidur.




No comments:

Post a Comment